SEJARAH MTSU

Sejarah Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) bermula pada waktu dimana Pergerakan Kesatuan Sekerja belum bertapak di Malaysia lagi. Semasa ketiadaan pergerakan kesatuan sekerja, pekerja-pekerja teknikal telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak pada tahun 1937 untuk saluran masalah-masalah mereka. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Mendiang Sdr. G. Leo,JMN,MBE dengan Sdr. V. Selvanayagam, AMN sebagai setiausahanya. Jawatankuasa ini telah menghantar memorandumnya melalui Persatuan Allumini Kolej Teknikal.

Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia

Sebaik sahaja Perang Dunia Ke 2 tamat, pergerakan kesatuan sekerja dibenarkan berfungsi secara bebas dan orang ramai mula sedar tentang pergerakan kesatuan sekerja. Pekerja-pekerja teknikal telah mula menubuhkan kesatuan sekerja di jabatan masing-masing. Tujuan utama penubuhan ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan para pekerja berkenaan. Semasa itu terdapat sembilan (9) kesatuan lain untuk para pekerja teknikal dan ini telah membawa masalah dari segi koordinasi serta untuk berjuang atas isu-isu am yang dihadapi oleh semua pekerja teknikal. Atas kesedaran ini, dua (2) organisasi telah ditubuhkan pada tahun 1948 iaitu, ‘Pan-Malayan Technical Assistants Conference’ dan ‘Pan-Malayan Junior Assistants Conference’. Kedua-dua organisasi ini telah cuba huraikan pandangan serta pendapat dari pelbagai Jabatan Teknikal dan telah menghantar memorandum kepada ‘Benham Commission’.

Friday, July 28, 2017

No comments:

Post a Comment